Ulangtahun ke 20 LRT Ampang Line

Sharing is caring!

Majlis kali ini kami bersama-sama Prasarana Negara Bhd meraikan ulangtahun ke 20 LRT laluan Ampang yang biasanya dikenali warga Kuala Lumpur sebagai STAR LRT Ampang Line.

Majlis diadakan untuk meraikan kakitangan-kakitangan senior laluan Ampang di atas kesetiaan mereka berkhidmat selama hampir 20 tahun dan ada yang lebih 20 tahun. Ramai di antara mereka yang menerima plat anugerah penghargaan di majlis tersebut.

Majlis yang diadakan di stesen LRT Bukit Jalil ini dirasmi oleh Menteri Kewangan Kedua dan dihadiri lebih 1000 orang kakitangan Prasarana Negara Bhd.

Berikut adalah menu yang menjadi hidangan istimewa buat para hadirin.
Nasi Lobak Merah
Ayam Goreng Malaysia
Kambing Masala
Dalca Sayur
Mee Rebus Utara
Kuih Bakar Kemboja
Kuih Lapis
Karipap
Cucur Badak
Buah-buahan
Bubur Jagung Keledek
Puding Mangga
Air Teh Bunga
Air Punch

Leave a Reply