Majlis Perkahwinan di Kuala Kubu Bharu

Sharing is caring!

Assalammualaikum semua.

Kali ini kami menjayakan majlis perkahwinan anak perempuan Tuan Haji Azizulkhir di Kuala Kubu Bharu. Beliau merupakan pelanggan tetap dan kami amat menghargai kesudian beliau memilih kami sebagai katerer bagi majlis ini.

Majlis resepsi ini diadakan di Dewan Serbaguna dan Komplek Sukan Daerah Hulu Selangor dengan jangkaan jemputan seramai 1000 orang. Dalam majlis ini, tuan haji telah menempah bukan sahaja makan minum, malah kanopi dan hiasan dewan bagi memastikan keadaan selesa bagi jemputannya.

Alhamdulillah, majlis tersebut berjalan lancar walaupun pada paginya itu hujan lebat turun di situ. Namun, cuaca menjadi baik dan cerah sebelum bermula majlis sehingga ke akhir.

Kami mengucapkan tahniah kepada tuan haji dan keluarga kerana dapat menantu dan semoga mendapat cucu dengan segera hendakNya 🙂 . Kepada kedua pengantin baharu, semoga berbahagia selamanya dan bersabar dalam mendalami kehidupan berumahtangga. InsyaAllah.

Menu yang menjadi pilihan tuan haji:-

Nasi Minyak
Ayam Goreng Berempah
Daging Masak Mamak
Filet Masam Manis
Dalca Sayur
Pajeri Nenas
Puding Mangga
Air Mata Kucing

Coffee Corner:-

Bubur Jagung + Keledek
Aiskrim Potong
Teh Tarik

Lawat dan like facebook kami >> siticatering

Leave a Reply