Majlis Akad Nikah di Subang Jaya

Sharing is caring!

Majlis ini yang dihadiri di kalangan saudara-mara dan sahabat rapat keluarga, majlis ini tampak ringkas namun ia selesa dan lebih privasi. Seramai 200 orang jemputan sudi hadir bagi memeriahkan majlis terpenting buat pengantin dan keluarga.

Ia diadakan di dalam perkarangan rumah keluarga pengantin perempuan yang mampu memuatkan lebih kurang 200 tempat duduk.

Rekaan pelamin diilhamkan oleh pengantin perempuan menampakkan kesederhaan dalam dekorasi namun masih boleh menarik hati yang memandangnya.

Menu lazat yang mengisi majlis ini :-

Nasi Lobak Merah
Ayam Percik Kelantan
Kambing Masala
Udang Kalio
Filet Ikan Masam Manis
Dalca Sayur
Bubur Chacha
Jeli Kelapa
Puding Karamel
Air Sirap Turqoise Soda
Teh Tarik
Kopi O

Leave a Reply