Majlis Resepsi di PULAPOL KL

Sharing is caring!

Sebut sahaja Dewan Banquet PULAPOL Kuala Lumpur, ramai yang tahu dimana lokasinya. Kini, PULAPOL KL ini sudah mempunyai 2 dewan banquet; yang lama dan yang baharu. Namun, kami ingin menarik perhatian pembaca ke majlis resepsi yang diadakan di dewan yang lamanya.

Majlis ini dilangsungkan pada waktu malam dan tetamu dihidangkan menggunakan dome dan makannya secara serentak ala hotel.

Sebuah pelamin yang cantik diletakkan di atas pentas utama, meja pengantin di kiri dewan, kek pengantin di dalam kubah khas berada disebelah kiri dewan dan sudut pencuci mulut turut disediakan.

Menu lazat ketika majlis :-

Nasi Lobak Merah
Ayam Goreng Berempah
Rendang Tok
Filet Ikan 3 Rasa
Dalca Sayur Daging Cincang
Pecal
Buah-buahan
Air Punch

Coffee Corner :-

Kuih Bakar Kemboja
Karipap
Teh Tarik
Kopi O
Air Batu Campur

Leave a Reply